Wednesday, 7 December 2011

Tak boleh jadi burung kakak tua

Refresh balik
  • Asasnya suatu penulisan merupakan tafsiran ataupun penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan kepada sumbernya yang masih kekal. 
  • la bukanlah penerangan yang sewenang sahaja, yang tidak memerlukan pembuktian yang kukuh terhadap kebenarannya.  
  • Penerangan ataupun tafsiran itu haruslah dilakukan melalui proses penyelidikan sejarah yang kritis itu.
  • Seterusnya hasil yang dianggap objektif itu haruslah dapat dipertahankan kebenarannya, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu sehinggalah terdapat pula suatu penerangan yang lain yang mungkin memaparkan kelemahan dan juga kesilapan tafsiran yang mula-mula tadi. 
  • Lantas seolah-olah penulisan yang objektif itu sesuatu yang sementara sahaja, iaitu sementara menunggu munculnya pentafsiran dan pembuktikan yang baru atau yang berlainan pula. 
  • Tetapi, kita janganlah tersalah anggapan bahawa tafsiran yang baru atau berbeza mahupun yang bersifat alternatif itu boleh pula dilakukan dengan sewenang-wenangnya sahaja. 
  • la adalah suatu usaha ilmiah yang proses kaedahnya adalah menyerupai proses yang menghasilkan tafsiran yang objektif tadi.
  • Kita juga jangan salah anggap bahawa pengertian sementara itu merujuk kepada suatu jangka waktu yang singkat dan tetap, misalnya sebulan, enam bulan, setahun ataupun tiga tahun. 
  • Di dalam pengkajian sejarah jangkawaktu "sementara" itu tidaklah semestinya bermaksud demikian, ia tidaklah tetap dan sebenarnya tidak boleh ditetapkan. 
  • Waktu yang sementara itu mungkin bererti setahun, tiga tahun, sepuluh tahun, mahupun sekurun, dan adakalanya enam bulan sahaja. 
  • la bererti menunggu sehinggalah timbulnya suatu kajian dan tafsiran baru ataupun yang lain mengenai sesuatu peristiwa yang sama itu. 
  • Tafsiran yang baru itu haruslah dapat menunjukkan kesilapan (jika ada) dan kelemahan tafsiran yang lama tadi. Sehingga tafsiran yang baru itu dapat dilaksanakan, maka tafsiran yang telah dilakukan itulah yang biasanya akan terpakai dan terus dianggap objektif.



 
Jangan jadi burung kakak tua hanya pandai
berkata-kata tapi tak tahu apa yg diperkatakan 





 

No comments: